Saturday 19 November 2011


“setiap yang hidup pasti akan merasai mati…..”
Apabila mati anak adam, maka….kewajipan bagi yang hidup menyempurnakan pengurusan jenazahnya….

SOLAT JENAZAH
Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas mayat orang Islam.
                                                                                     
HUKUM SOLAT JENAZAH
Fardhu kifayah
                                                 
CARA MELAKUKAN SOLAT JENAZAH
1.    Berdiri tegak bagi yang mampu.
2.    Berniat serta takbiratul ihram.

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH LELAKI

Maksudnya: sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki) ini empat takbir, fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH PEREMPUAN
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“sahaja aku solat ke atas mayat (perempuan) ini empat takbir, fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

3.    Membaca Surah Al-Fatihah
4.    Takbir yang kedua dan bersalawat kepada Nabi Muhammad
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


5.    Takbir ketiga dan membaca doa kepada jenazah.

Jenazah lelaki        
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Jenazah perempuan
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
“Ya Allah, ampunilah baginya, kasihilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya”

6.    Disunatkan membaca doa ini selepas takbir yang keempat.

Jenazah lelaki
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ


Jenazah perempuan
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia”

7.    Memberi salam
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

No comments:

Post a Comment